| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT3-P1 Hartanah Perumahan Yang Tidak Terjual

GT3-P1 Hartanah perumahan yang tidak terjual
Definisi Penunjuk
Mulai 1 Januari 2003, National Property Information Centre (NAPIC) telah mendefinisikan harta tanah yang tidak terjual (termasuk kediaman) sebagai harta tanah yang telah siap dibina dan telah mendapat CFO/CCC tetapi masih belum dijual melebihi 9 bulan selepas ianya dilancarkan untuk dijual pada atau selepas 1 Januari 1997.
Penerangan / Justifikasi
Mengenalpasti tahap keseimbangan di antara pengeluaran stok dan permintaan sebenar unit perumahan di sesebuah kawasan. Jika kadar tidak terjual tinggi, ia menggambarkan berlakunya lebihan penawaran serta proses pengeluaran bekalan perumahan yang tidak terancang. .
Sumber Data
  • Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC)
Butiran Data
A. Bilangan unit rumah siap dengan CFO/CCC yang tidak terjual.
B. Jumlah keseluruhan bilangan unit rumah siap dibina.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian
GT3 – P1 = (A/B) x 100
Di mana:
A = Jumlah unit kediaman siap dibina tidak terjual di kawasan kajian pada tahun kajian
B = Jumlah unit kediaman siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian
< 5% rumah tidak terjual (Rendah)

5% - 10% rumah tidak terjual (Sederhana)

> 10% rumah tidak terjual (Tinggi)
3

2

1
< 5%
(Harta tanah perumahan tidak terjual)