| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT2-P2 Nisbah Tanah Lapang Awam

GT2-P2 Nisbah penyediaan tanah lapang awam berbanding dengan 1,000 penduduk
Definasi Penunjuk

 

Definisi tanah lapang awam adalah merujuk kepada peruntukan seksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Tanah lapang secara umumnya boleh didefinisikan sebagai suatu kawasan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan rekreasi tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk.

 

Secara terperinci, ia meliputi dua kategori berikut:

 

i. tanah lapang di dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada PBN di peringkat kelulusan permohonan kebenaran merancang ataupun semasa kelulusan permohonan pecah sempadan.

ii. tanah lapang dan kawasan rekreasi seperti gelanggang permainan, padang bolasepak, taman bandaran, taman wilayah dan sebagainya yang dibangunkan oleh PBT atau agensi-agensi yang berkenaan.

Penerangan / Justifikasi

Tanah lapang awam diukur berdasarkan sasaran 2 hektar tanah lapang awam bagi setiap 1,000 penduduk bandar (atau 20 meter persegi bagi setiap penduduk bandar) menjelang tahun 2020 bagi kawasan bandar sahaja. Penyediaan tanah lapang awam adalah perlu supaya penduduk dapat menikmati kemudahan rekreasi yang mencukupi bagi tujuan riadah, peningkatan tahap kesihatan serta bagi tujuan penghijauan.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A. Keluasan kawasan tanah lapang awam di kawasan kajian pada tahun kajian.

B. Jumlah penduduk bandar di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT2 – P2 = (1,000/B) x A

 

 

Di mana:

 

A = Keluasan kawasan tanah lapang awam (hektar) di kawasan kajian pada tahun kajian.

 B = Jumlah penduduk bandar di kawasan kajian pada tahun kajian.

> 1.5 Hektar : 1,000 Penduduk

 

1 – 1.5 Hektar: 1,000 Penduduk  

 

 

 

 

 

< 1 hektar : 1,000 penduduk

 

 

3

 

 

 

 

2

 

1

 

> 2 Hektar : 1,000 penduduk