| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT2-P1 Kadar Perbandaran

GT2-P1 Kadar perbandaran
Definisi Penunjuk

Kadar perbandaran adalah merujuk kepada peratus penduduk yang tinggal di dalam sesuatu kawasan perbandaran atau kawasan yang telah ditetapkan sebagai kawasan bandar. Peratus penduduk bandar boleh meliputi sama ada hanya melibatkan sebuah bandar atau gabungan beberapa buah bandar.

Bandar didefinisikan sebagai kawasan yang diwartakan dan tepubina yang bersempadan dengannya yang terletak di dalam had sempadan bandar dan mengandungi:-

1. Kawasan petempatan dan kawasan komited yang telah diluluskan;

2. Penduduk minima 10,000 orang;

3. Sekurang-kurangnya 60% penduduk bekerja (berumur 15 tahun dan ke atas) yang terlibat dalam aktiviti bukan pertanian;

4. Kemudahan-kemudahan perbandaran;

5. Pusat Pentadbiran Daerah.

Sumber: Kajian Profail Bandar, JPBD SM, 2009

Penerangan / Justifikasi

Kadar perbandaran secara amnya menunjukkan tahap pertumbuhan pembangunan di sesebuah kawasan perbandaran. Ia boleh dikaitkan dengan taraf hidup penduduk dengan anggapan sekiranya kadar perbandaran tinggi atau jika ramai penduduk tinggal di kawasan bandar, maka kualiti kemudahan dan infrastruktur yang dinikmati adalah lebih baik berbanding dengan kawasan luar bandar

Sumber Data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia

Butiran Data

A. Jumlah penduduk bandar di kawasan kajian (daerah) pada tahun kajian.

B. Jumlah penduduk di kawasan kajian (daerah) pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT2 – P1 = (A/B) x 100

Di mana:

A = Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bandar.

B = Jumlah keseluruhan penduduk di sesebuah daerah.

> 60% (Tinggi)

 

30% - 60% (Sederhana)

 

< 30% (Rendah)

3

 

2

 

1

 

> 60%