| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT1-P1 Perubahan Gunatanah

GT1-P1 Kadar perubahan guna tanah daripada aktiviti bukan tepubina kepada aktiviti tepubina.
Definisi Penunjuk
Aktiviti tepubina adalah merupakan aktiviti guna tanah bandar seperti pembangunan perumahan, perindustrian, perdagangan, kemudahan awam dan sebagainya yang dijalankan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Aktiviti bukan tepubina adalah merujuk kepada guna tanah pertanian, perhutanan, kawasan hijau, tanah lapang, badan air dan sebagainya.
Penerangan / Justifikasi
Pengukuran terhadap peratus perubahan aktiviti bukan tepubina kepada aktiviti tepubina adalah penting bagi menilai tahap perubahan guna tanah daripada aktiviti bukan bandar kepada aktiviti bandar. Aktiviti bukan tepubina sewajarnya dikawal di mana pembangunannya boleh atau sepatutnya hanya dibenarkan berdasarkan keperluan semasa penduduk.
Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan
Butiran Data
A. Keluasan kawasan tepubina pada akhir tahun semasa.
 B. Keluasan kawasan tepubina pada akhir tahun sebelum.
 
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian
GT1 – P1 = (A-B)/B x 100

Di mana:
A = Keluasan kawasan tepubina pada akhir tahun semasa
B = Keluasan kawasan tepubina pada akhir tahun sebelum
< 2% (Rendah)

2%-5% (Sederhana)

> 5% (Tinggi)
 

2

 

1

< 2%
(peratus perubahan aktiviti bukan tepubina kepada aktiviti tepubina)