| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET3-P1 Kadar Pertumbuhan Pelaburan Swasta

ET3-P1 Kadar Pertumbuhan Pelaburan Swasta
Definasi Penunjuk

Kadar pertumbuhan pelaburan swasta merujuk kepada perubahan jumlah pelaburan domestik dalam jumlah pelaburan swasta keseluruhannya pada tahun semasa berbanding tahun asal.

Penerangan / Justifikasi

Pelaburan swasta memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan ekonomi yang diterajui oleh sektor swasta. Ia terbahagi kepada pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI). Pertumbuhan yang diterajui oleh pelaburan swasta bererti ekonomi akan mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan, yang dikekang oleh keperluannya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Dalam tempoh RMKe-9 mendapati pelaburan swasta berkembang sederhana sebanyak 2.0% setahun berikutan kelembapan permintaan di dalam dan di luar negara. Jumlah pelaburan pada harga semasa adalah sebanyak RM356.1billion. Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus mengambil manfaat atas kerancakan pengembangan sektor swasta terutamanya dalam meneraju pembangunan bidang pertumbuhan baru. Pelaburan dalam ekonomi negara akan terus dipacu dan diterajui oleh sektor swasta.

Pelaburan swasta merangkumi 92% daripada keseluruhan pelaburan dalam NKEA manakala pembiayaan awam hanya 8%. Ini adalah peningkatan yang signifikan dari 37% bahagian pelaburan swasta pada 2008 dan sejajar dengan kadar pertumbuhan swasta sebanyak 12.8% yang disasarkan dalam RMKe-10 serta sasaran jangka panjang sebanyak 12.2% pertumbuhan menjelang tahun 2020.

Sumber: Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Ekonomi, 2010

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Unit Perancang Eknomi, Jabatan Perdana Menteri
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Butiran Data

A.   Nilai pelaburan swasta (RM) tahun semasa.

B.   Nilai pelaburan swasta (RM) tahun bandingan.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET3 – P1 = 1/n log (A/B) x 100

Di mana:

A = Nilai pelaburan swasta (RM) tahun semasa.

B = Nilai pelaburan swasta (RM) tahun bandingan.

 

>12.2% setahun 

7% - 12.2% setahun

 < 7% setahun 

3

2

1

 12.2%