| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET2-P2 Kadar Kemiskinan

ET2-P2 Kadar Kemiskinan
Definisi Penunjuk

Peratus penduduk yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan.

Penerangan / Justifikasi

Kadar kemiskinan merupakan salah satu ciri terpenting bagi menunjukkan tahap kemunduran penduduk di sesuatu kawasan. Pengukuran garis kemiskinan dan pemantauan tren kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan manusia seperti pendidikan, kesihatan, peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain pengukuran. Kadar kemiskinan diukur menggunakan garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial sesuatu tempat.

 

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)(RM)

   Tahun 2004

  Tahun 2007

  Tahun 2009

Semenanjung Malaysia

691.00

720.00

760.00

Sumber : UPE, JPM.

Pendapatan Garis Kemiskinan Purata Mengikut Negeri Tahun 2009

Negeri

Miskin (RM)

Miskin Tegar (RM)

Johor

750

460

Kedah

720

450

Kelantan

740

500

Melaka

760

460

N.Sembilan

720

450

Pahang

760

490

P.Pinang

780

450

Perak

690

440

Perlis

690

440

Selangor

810

470

Terengganu

830

560

Sabah

1050

630

Sarawak

910

590

W.P.KL

820

430

W.P. Labuan

960

560

W.P Putrajaya

820

420

Malaysia

800

490

Sumber : Seksyen Pengagihan, UPE (7 Apr 2011)

Kadar kemiskinan negara pada tahun 2007 dan 2009 ialah masing-masing 3.6% dan 3.8% daripada jumlah isirumah (UPE,2010). Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata bagi tahun 2009 adalah RM760.00 bagi Semenanjung Malaysia. Bagi kemiskinan tegar pula, PGK yang ditetapkan adalah RM460.00. Program Transformasi Kerajaan (GTP) mensasarkan kadar kemiskinan dapat di kurangkan kepada 2.8% menjelang tahun 2020.

Sumber Data
  • e-kasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Butiran Data

A.    Jumlah penduduk miskin di kawasan kajian (negara/negeri/daerah) pada tahun kajian.

B.    Jumlah penduduk kawasan kajian (negara/negeri/daerah) pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET2 – P2 = (A / B ) x 100

Di mana:

A = Jumlah penduduk miskin di kawasan kajian pada tahun kajian.

B = Jumlah keseluruhan penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

  < 2.8% (Rendah)

 2.8% – 4.0% (Sederhana)

> 4.0% (Tinggi)

3

2

1

 < 2.8%