| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET2-P1 Kadar Kemiskinan Bandar

ET2-P1 Kadar Kemiskinan Bandar
Definisi Penunjuk

Jumlah penduduk bandar yang berada di bawah garis kemiskinan bandar.

Penerangan / Justifikasi

Kadar kemiskinan bandar menunjukkan tahap kemunduran penduduk di sesuatu bandar. Pengukuran garis kemiskinan dan pemantauan tren kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan manusia seperti pendidikan, kesihatan, peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain pengukuran. Kadar kemiskinan bandar diukur menggunakan garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial di bandar.

Kadar kemiskinan bandar pada tahun 2007 dan 2009 masing-masing adalah 2.0% dan 1.7% daripada jumlah isirumah (UPE,2010). Kerajaan mensasarkan kadar kemiskinan bandar adalah pada 1.5%.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bandar

Semenanjung Malaysia

RM770

Sabah

RM1,020

Sarawak

RM940

Sumber: UPE, 2009

Bandar didefinisikan sebagai kawasan yang diwartakan dan tepubina yang bersempadan dengannya yang terletak di dalam had sempadan bandar dan mengandungi:-

  1. Kawasan petempatan dan kawasan komited yang telah diluluskan;

  2. Penduduk minima 10,000 orang;

  3. Sekurang-kurangnya 60% penduduk bekerja (berumur 15 tahun dan ke atas) yang terlibat dalam aktiviti bukan pertanian;

  4. Kemudahan-kemudahan perbandaran;

  5. Pusat Pentadbiran Daerah.

Sumber: Kajian Profail Bandar, JPBD SM, 2009

Definisi kawasan bandar yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah:

  1. Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepubina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih semasa Banci 2010 atau kawasan pembangunan khusus yang boleh dikenalpasti kawasannya yang mana sekurang-kurangnya mempunyai penduduk 10,000 orang dengan sekurang-kurangnya 60% penduduknya yang berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.
  2. Kawasan tepubina ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak bersebelahan kawasan yang diwartakan dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% penduduk (berumur 15 tahun dan ke atas) terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.
  3. Kawasan pembangunan khusus adalah kawasan pembangunan yang boleh dikenalpasti dan terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepubina melebihi 5 kilometer serta kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 dengan 60% dari penduduk yang berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

 

Sumber Data
  •  e-kasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Butiran Data

A.    Jumlah penduduk miskin di kawasan bandar di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.    Jumlah penduduk kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET2 – P1 = (A / B ) x 100

Di mana:

A = Jumlah penduduk miskin bandar di kawasan kajian pada tahun kajian.

B = Jumlah keseluruhan penduduk bandar di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

  < 1.5% (Rendah)

 1.5% – 4.0% (Sederhana)

> 4.0% (Tinggi)
 3

2

1

  < 1.5%