| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET1-P1 Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh

ET1-P1 Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh
Definisi Penunjuk

Kadar pertumbuhan tenaga buruh dirujuk sebagai kadar perubahan bilangan guna tenaga pada tahun semasa berbanding dengan bilangan guna tenaga pada tahun asal.

Penerangan / Justifikasi

Tenaga buruh (labour force) tidak boleh disamakan dengan jumlah penduduk. Dikebanyakan negara, tenaga buruh dikategorikan sebagai penduduk yang berumur diantara 15 - 64 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut, terdapat golongan pendudukyang tidak dianggap sebagai tenaga buruh seperti pelajar sekolah, mahasiswa dan surirumah.

Pertambahan tenaga buruh adalah disebabkan oleh meningkatnya bilangan pendudukdalam kumpulan umur bekerja dan peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh. Padatahun 2010 kadar pertumbuhan tenaga buruh meningkat sebanyak 2.3 peratus kepadaberbanding 1.0 peratus pada tahun 2009. Kerajaan walau bagaimanapun menyasarkankadar pertumbuhan tenaga buruh tidak berubah pada tahun 2011.

Sumber : Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia, 2011.

Sumber Data
  •  Jabatan Perangkaan Malaysia

Butiran Data

A.    Jumlah penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.    Jumlah penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun di kawasan kajian pada tahun bandingan.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET1 – P1 = 1/n log (A/B) x 100

Di mana:

A =    Jumlah penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

B =    Jumlah penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun di kawasan kajian pada tahun bandingan.

n =  Sela masa tahun kajian dan tahun bandingan.


 

> 2.3% (Tinggi)

 1.6% – 2.2% (Sederhana)

< 1.6% (Rendah)

 

3

2

1

 

 > 2.4%