| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

| Latar Belakang MURNInet (Asal) & MURNInets (Baru)

 

Apa Itu MURNInet (Asal) ?

Merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk-Penunjuk Bandar Malaysia (Malaysian Urban Indicators Network). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan  Penunjuk-Penunjuk Bandar.

 

Objektif Awal MURNInet (Asal)

  • Menentukan tahap kemampanan setiap bandar dalam negara berdasarkan Penunjuk Bandar Malaysia;

  • Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap bandar mengikut penunjuk;

  • Mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan bagi mencapai tahap mampan; dan

  • Menjadikan MURNInet sebagai alat mengukur bagi pelbagai peranan termasuk pentadbiran, teknikal, penglibatan awam dan pemantauan pelaksanaan pelan tindakan.

 

Isu Utama Kepada Perlunya Kajian Semula MURNInet

  • Penyertaan PBT yang tidak menyeluruh

  • Pemilihan penunjuk oleh PBT yang tidak seragam dan penunjuk yang sama rata (tiada pemberat)

  • Sempadan kawasan kajian untuk pengumpulan data adalah berbeza-beza

  • Ciri-ciri penunjuk yang bersifat sektoral dan tidak dikemaskini mengikut norma perubahan gaya hidup dan dasar utama negara

     

Kronologi Kajian Semula MURNInet (Penjenamaan Semula Kepada MURNINets)

  • Mesyuarat Kajian Semula MURNInet : 12 Jan 2011- perbincangan awal modus operandi bersama Ketua Pengarah JPBD dan Pasukan Petugas;

  • Mesyuarat bersama  stakeholders - 16 - 17 Mac 2011- perbincangan awal dimensi, tema dan penunjuk serta sempadan pengumpulan data bersama PBT dan agensi pembekal data (PBT, DOS, UPEN, Pejabat Daerah);

  • Bengkel Kajian Semula MURNInet : 3 - 4 April 2011 - perbincangan memuktamad dimensi, tema dan penunjuk serta sempadan pengumpulan data;

  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan 1 : 27 April 2011 - Pengerusi Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) – pengesahan dimensi, tema dan penunjuk serta sempadan pengumpulan data;

  • Bengkel 2 Bengkel Kajian Semula MURNInet : 14 September 2011 – pengesahan dan perbincangan hasil ujilari Gerbang MURNInet;

  • Mesyuarat Penyelarasan 2 : 4 Oktober 2011 - Pengerusi Ketua Pengarah JPBD  pengesahan Kajian Semula dan Gerbang MURNInet;

  • Mesyuarat  Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP) KPKT : 19 Januari 2012 - Pengerusi Ketua Setiausaha KPKT – pengesahan penunjuk MURNInets;

  • Program Teach-in Gerbang MURNInets untuk JPBD Negeri, PBT dan Agensi Pembekal Data di Zon Tengah & Selatan 17-18 April 2012, Zon Timur & Utara 19-20 April 2012, Zon Malaysia Timur 16-17 Mei 2012

 

MURNInets (Malaysian Urban Rural National Indicators Network on Sustainable Development)

  • MURNInets merangkumi set penunjuk di bawah 6 dimensi dan 21 tema yang menggambarkan tahap kemampanan bandar di Malaysia.

  • Melalui penunjuk MURNInets ini, tindakan boleh dirangka untuk dilaksanakan oleh PBT ke arah pembangunan mampan. Dalam konteks ini, penekanan boleh diberi dalam mewujudkan persekitaran perbandaran yang mampan dengan penyediaan perumahan dan perkhidmatan yang berkualiti.

  • Kajian Semula dan Pengukuhan MURNInet ini telah menambahbaik peranan dan tanggungjawab pasukan kajian MURNInets di peringkat persekutuan dan negeri dengan menjenamakannya semula sebagai Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan dan Pusat Operasi MURNInets Negeri.

  • Penjenamaan semula ini diharapkan dapat meningkatkan peranan JPBD Semenanjung Malaysia sebagai antara agensi utama yang mengamalkan program penilaian kemampanan bandar